Thursday, 1 January 2015

Memaafkan itu bukan Mudah !

Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama.
Sakit yang paling sakit adalah sakit yang di ciptakan orang yang paling kita cintai..

Itulah kenyataan, lumrah alam.
Tapi, mematahkan seluruh tangan kerana hirisan kecil di jari adalah suatu tindakan yg mensia-siakan seumur hidup kita kerana menangisi dan mengenang luka yang silam adalah tidak berbaloi!

Luka di jari akan sembuh dengan sendirinya, cuma terserah kepada kita bagaimana untuk mengizinkannya sembuh. Kalu nak cepat baik, letak la ubat, dan sebaliknya..begitulah juga kehidupan ini..

Janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan mengadakan ishlah di antara manusia. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”  [Al-Baqarah: 224]

Dan sesungguhnya setiap apa yang Tuhan ciptakan biarpun sebesar zarah, pasti ada sebabnya, ada hikmah yang tersembunyi. dan Dia Maha Mengetahui. Dalam setiap kejadian tiada yang sia-sia. Yakinlah dengan kekuasaan Allah, yakinlah bahawa Dia Maha Adil. Jangan sesekali berasa penat berbuat kebaikan jika kita mengharapkan balasan daripadaNya semata-mata.

No comments:

Post a Comment