Monday, 20 October 2014

Kebenaran

Hidup ni umpama roda…
Suatu ketika bilamana aku jauh, pergi mengejar cita-cita,
Dalam diam kau beramah mesra dengan SI DIA,
Dibelakang aku kau merayu cinta dengan SI DIA,
Mungkin kau anggap aku jahil dengan segala tipu daya kau dan DIA,
Malangnya, Aku tak sebodoh yang kau sangka,
Ya, memang air mata itu ada bila aku tahu kebenaranya,
Tapi aku juga tahu hidup ini ada karmanya !

Saat ini aku lihat semuanya,
Setelah sekian lama kau bermadah cinta dengan SI DIA,
Kenapa akhirnya aku juga yang kau cari setelah sekian lama,
Kenapa akhirnya aku juga yang kau pilih untuk Bersama,
Murah sungguh Nilai CINTA kau dengannya.

Drama apa lagi yang ingin kau CIPTA,
Tak cukup lagi sengsara yang aku terima,
Kau mulakan segala cerita,
Dan kerana cerita yang kau mula itulah,
Dua wanita kini terluka,
Dua wanita kini bermasam muka,
Dua wanita kini berdendam derita.

Apa kau lupa wanita ini punya hati,
Hati yang selalu kau sakiti,
Dengan segala caci maki,
Dengan segala dendam dan benci.

Tapi tak mengapa aku tahu aku ini juga manusia biasa,
Hanya mampu Redha takdir darinya,
Malangnya Tak sekali pun aku lupa,
Segala sakit yang aku terima.

Mungkin selama ini aku pilih untuk DIAM dari berkata,
Kerana aku Tahu TUHAN itu ada,
Dan aku juga tahu suatu saat,
Bila Allah berkata KUN FA YA KU,
Kita takkan mampu megubah apa-apa.

Dan kerana sakit yang kau cipta itu aku temui sinar Bahagia,
Oleh seseorang yang lebih menghargai CINTA dan SETIA.
Terima kasih untuk segalanya.
KAU,AKU DAN DIA dah sampai kepenghujungnya
Aku harap ini pengakhirannya.
MAAF untuk terakhir kalinya.






No comments:

Post a Comment