Tuesday, 30 September 2014

aku

hati seorang gadis adalah amat sukar untuk di-faham-erti-kan, entahla, kadang aku rasa macam aku sendiri pun tak pernah faham dengan perasaan aku, seringkali terluka walaupun bahagia, tak ada satu pun perkataan yang sesuai dalam dunia ni yang boleh menggambarkan perasaan aku sekarang, aku pun tak faham kenapa diuji begini, sudah jatuh ditimpa tangga, bukan tangga kayu tapi tangga besi, kena fitnah, kena benci, kena kutuk, kena hina, kena tipu, kena ... ah banyak, aku takut sebenarnya, aku takut dibenci begini.. juga awak, lelaki, bergurau itu tak apa, tapi kerasnya haruslah ada batasnya, kerana perasaan ini, perasaan perempuan ini, walaupun luar nampak kasar tapi nalurinya masih lembut, dan mungkin sekarang senyumannya tidak menggambarkan kegembiraan sebenar, perhatikan sendiri, semoga hari esok lebih baik dari hari semalam.

Sunday, 28 September 2014

...

Apapun yang menyebabkan kita berubah,

yang pasti semuanya kehendak Allah.

Saturday, 27 September 2014

Jawapan

saya pon harap awak happy dengan kehidupan dan kebahagiaan yang awak carik selama ni. semoga sihat sentiasa bersama family tercinta. terima kasih tak terhingga kerana sentiasa mengingati diri ini. apa pun yang terjadi, apa pun yang berubah semuanya kehendak Allah. kita kena redha... mungkin perasaan yang awak ada sekarang hanyalah khayalan bayangan suatu ketika dahulu.. bangunlah.. bukak mata awak saya dah lama lenyap dalam hidup awak. ! andai takdir menyatukan kita, saya harap saya yang pertama dan terakhir dalam hidup awak.. Ye, sudah 6tahun..memang cepat masa berlalu pergi.. dan macam2 jugak perkara yang kita lalui.. bukan saya benci.. tapi saya takut.. awak bukan awak yang saya kenal suatu ketika dahulu.. awak yang sekarang membuatkan saya menjauhkan diri.. mungkin dimata awak saya kejam.. tapi ini lah yang terbaik untuk kita.. hari ini, saat ini biar takdir yang menentukan arah tuju kita.

Thursday, 25 September 2014

Sesal Separuh Nyawa







Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu


Tetap tiada kulupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan


Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang


Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu.


Tapi sulit kuteruskan
Engkau jauh kehadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapn


Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang


Separuh nyawamu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu… kannya

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang