Tuesday, 30 December 2014

Dipersimpangan

30/12/2014

Hanya sekali toleh melihat dia ditepi kiri,
tanpa disangka air mataku mengalir membasahi pipi..

"Ya Allah, jujur aku rindu kau !

Monday, 20 October 2014

Kebenaran

Hidup ni umpama roda…
Suatu ketika bilamana aku jauh, pergi mengejar cita-cita,
Dalam diam kau beramah mesra dengan SI DIA,
Dibelakang aku kau merayu cinta dengan SI DIA,
Mungkin kau anggap aku jahil dengan segala tipu daya kau dan DIA,
Malangnya, Aku tak sebodoh yang kau sangka,
Ya, memang air mata itu ada bila aku tahu kebenaranya,
Tapi aku juga tahu hidup ini ada karmanya !

Saat ini aku lihat semuanya,
Setelah sekian lama kau bermadah cinta dengan SI DIA,
Kenapa akhirnya aku juga yang kau cari setelah sekian lama,
Kenapa akhirnya aku juga yang kau pilih untuk Bersama,
Murah sungguh Nilai CINTA kau dengannya.

Drama apa lagi yang ingin kau CIPTA,
Tak cukup lagi sengsara yang aku terima,
Kau mulakan segala cerita,
Dan kerana cerita yang kau mula itulah,
Dua wanita kini terluka,
Dua wanita kini bermasam muka,
Dua wanita kini berdendam derita.

Apa kau lupa wanita ini punya hati,
Hati yang selalu kau sakiti,
Dengan segala caci maki,
Dengan segala dendam dan benci.

Tapi tak mengapa aku tahu aku ini juga manusia biasa,
Hanya mampu Redha takdir darinya,
Malangnya Tak sekali pun aku lupa,
Segala sakit yang aku terima.

Mungkin selama ini aku pilih untuk DIAM dari berkata,
Kerana aku Tahu TUHAN itu ada,
Dan aku juga tahu suatu saat,
Bila Allah berkata KUN FA YA KU,
Kita takkan mampu megubah apa-apa.

Dan kerana sakit yang kau cipta itu aku temui sinar Bahagia,
Oleh seseorang yang lebih menghargai CINTA dan SETIA.
Terima kasih untuk segalanya.
KAU,AKU DAN DIA dah sampai kepenghujungnya
Aku harap ini pengakhirannya.
MAAF untuk terakhir kalinya.






Tuesday, 7 October 2014

Quote to myself

* Manusia yang tidak mampu menyelesaikan masalah sendiri adalah manusia yang 
cetek ilmunya.




* Yang Hilang Jangan Dirunguti, Yang Ada Disyukuri



* Manusia yang lemah adalah manusia yang tidak mampu menerima kelemahan diri sendiri.


* Jangan mencari salah orang lain, nanti kita tak nampak salah kita. Cari dmana salah sendikri selepas ada manusia yang lakukan aniaya pada kita.


* Fitnah continues upon the heart, except if the Deen of the slave is completely for Allah. 
[Ibn Taymeeyah]


* Jangan lah terlalu mencari cinta seorang manusia kerana nanti bila kecewa kita akan sengsara.


Saturday, 4 October 2014

SUDAH TIADA TUNASNYA - UKS





Setalah bertahun kau menyepi…
Membawa kemarahan di hati...
Aku bagai hilang arah kemudi…
Bertapa waktu itu…
Tercabarnya maruah ku…
Peritnya pengalaman…itu…

Setelah luka aku terubat…
Kau jelma kini untuk merawat…
Merayu aku… seperti dahulu…
Biarlah aku maklumkan…
Kedudukan sebenar…
Sesungguhnya cinta kita…
Sudah tiada tunasnya…

*Semuanya tetap…
Abadi seperti mulai dulu…
Itu bukan beerti…
Untuk engkau bertahta kembali...
Cukuplah aku menangis…
Dari perbuatan mu yang menghiris…

**Biarlah aku maklumkan…
Kedudukan sebenar…
Untuk ku terima mu…
Seperti dulu…
Ku sudah tawar…

Wednesday, 1 October 2014

Tuesday, 30 September 2014

aku

hati seorang gadis adalah amat sukar untuk di-faham-erti-kan, entahla, kadang aku rasa macam aku sendiri pun tak pernah faham dengan perasaan aku, seringkali terluka walaupun bahagia, tak ada satu pun perkataan yang sesuai dalam dunia ni yang boleh menggambarkan perasaan aku sekarang, aku pun tak faham kenapa diuji begini, sudah jatuh ditimpa tangga, bukan tangga kayu tapi tangga besi, kena fitnah, kena benci, kena kutuk, kena hina, kena tipu, kena ... ah banyak, aku takut sebenarnya, aku takut dibenci begini.. juga awak, lelaki, bergurau itu tak apa, tapi kerasnya haruslah ada batasnya, kerana perasaan ini, perasaan perempuan ini, walaupun luar nampak kasar tapi nalurinya masih lembut, dan mungkin sekarang senyumannya tidak menggambarkan kegembiraan sebenar, perhatikan sendiri, semoga hari esok lebih baik dari hari semalam.

Sunday, 28 September 2014

...

Apapun yang menyebabkan kita berubah,

yang pasti semuanya kehendak Allah.

Saturday, 27 September 2014

Jawapan

saya pon harap awak happy dengan kehidupan dan kebahagiaan yang awak carik selama ni. semoga sihat sentiasa bersama family tercinta. terima kasih tak terhingga kerana sentiasa mengingati diri ini. apa pun yang terjadi, apa pun yang berubah semuanya kehendak Allah. kita kena redha... mungkin perasaan yang awak ada sekarang hanyalah khayalan bayangan suatu ketika dahulu.. bangunlah.. bukak mata awak saya dah lama lenyap dalam hidup awak. ! andai takdir menyatukan kita, saya harap saya yang pertama dan terakhir dalam hidup awak.. Ye, sudah 6tahun..memang cepat masa berlalu pergi.. dan macam2 jugak perkara yang kita lalui.. bukan saya benci.. tapi saya takut.. awak bukan awak yang saya kenal suatu ketika dahulu.. awak yang sekarang membuatkan saya menjauhkan diri.. mungkin dimata awak saya kejam.. tapi ini lah yang terbaik untuk kita.. hari ini, saat ini biar takdir yang menentukan arah tuju kita.

Thursday, 25 September 2014

Sesal Separuh Nyawa







Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu


Tetap tiada kulupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan


Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang


Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu.


Tapi sulit kuteruskan
Engkau jauh kehadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapn


Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang


Separuh nyawamu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu… kannya

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Thursday, 3 April 2014

Bilamana aku pasrah akan Cinta,
Ia muncul dengan cahaya Bahagia...

Dikala aku terima akan kehadirannya,
Ia pergi dengan rasa Kecewa..

Wednesday, 26 March 2014

Kita

Sekelip mata  3 tahun itu berlalu pergi,
seolah-olah tak pernah ade yang berlaku antara kita kan??
Biasa lah Kau dengan ego kau, dan aku dengan ego aku .
kau rasa tak kali ni Ego tu buat kita jauh, jauh sangat.
Sudah hampir 2 bulan kita membawa haluan masing-masing.

Tapi sepanjang 2 bulan tu, kau pernah rasa tak,
Seperti diri ini tak de nilai, walaupun kau dah 3 thun bersama siDia?
Ya, aku pernah, setiap hari aku menunggu dan terus menunggu,
setiap saat aku tengok Hp ni, kot-kot ada Miscoll ke, msg ke, whatsapp ke hakikatnya tak ade langsung..

TAK APE hanye itu yang mampu aku kata untuk mengubat luka.
Saat tu rasa macam diri tidak berguna,
Nak kata salah aku atau kau bukan lah persolannya.
Sepanjang 3 tahun macam-macam dugaan yang melanda,  sampai lah sekarang disebabkan
Dugaan – dugaan itu perasaan memberontak, perasaan marah yang tak terkawal ada pada kita.

Pada waktu ini aku lebih sedih dari waktu itu.
Tah kenapa aku merasakan hubungan ini akan berakhir sampai sini.
Bukan kerana aku benci, sama sekali aku tidak pernah membenci kau,
tapi aku sedih bila aku dah tak diperlukan lagi untuk mendengar segala luahan isi hati kau,
cerita-cerita kelakar kau,
aku sedih tak dapat melihat muka merajok kau, muka ego kau, muka comot kau,
aku sedih tak dapat menggenggam tangan kau setiap kali kita keluar, setiap kali nak lintas jalan.

Dan yang paling aku sedih bila kau semakin melupakan aku.
Kini, Aku semakin terfikir siapa aku dimata kau saat ini.
Apakah masih bererti sepetimana 3 tahun lalu?
Apakah masih dicintai sepertimana 3 tahun lalu?
Sebenarnya berat untuk aku menerima perlakuan kau terhadap aku.
Jika ini tanda-tanda nya yang menyatakan untuk aku Pergi,
Kaki ini akan melangkah,
Tapi malangnye hati aku masih tidak berganjak,
Tetap pada kau satu-satu nya.

Sesungguhnya,
Aku tak sanggup menghadapi kenyataan ini,
Tidak ku sanggup untuk mengetahui kebenaran dengan tingkah laku sebegini.
Apapun aku kena terima atau buat-buat terima,
Jika itu bukan jodoh kita,
Aku memohon tunjukkan jawapan segala persolan.
Jikalau jodoh yang kita REKA ini , bukan lah jodoh sepertimana Allah tetapkan,
Tolonglah tunjukkan seawal yang boleh,
Agar hati ini boleh berhenti mencintai dan menerima apa yang akan terjadi.



Sunday, 9 February 2014

"awak tak tahu apa yang saya mahu, dan awak tak pernah mahu tahu apa yang saya mahu "