Friday, 30 August 2013

SENASKAH AL-QURAN HIJAU

Aku hadiahkan kau senaskah Al-Quran hijau,
sebagai pengganti diriku suatu masa nanti,
Aku hadiahkan kau senaskah Al-Quran hijau,
sebagai pendamping disaat susah dan senang..

Disebalik Al-Quran hijau itu,
binalah keimanan mu,
binalah kecintaan mu,
ambillah ikhtibar disetiap cerita itu,
dan jadikan setiap baris ayat dalam Al-Quran,
moga ia jadi bekalan diakhirat..

Setelah itu,
jadikan lah aku Cinta yang HALAL untuk dirimu..

Tuesday, 27 August 2013

DENDAM ITU...

DeNDam dan belajar..

seJujurnya aku  pendendam.


YA ! itu tak baik. aku tahu itu, aku sedar tapi aku sengaja buat-buat tak sedar sebab aku jenis keras hati. bila marah tu datang aku memang dah tak peduli apa orang lain cakap. sentiasa rasa yang diri sendiri jugak betul. kau nak cakap apa kau cakap. aku boleh buat kering. masuk telinga kiri keluar telinga kanan. itu pun kalau masuk. sebab kadang tu tak sempat masuk telinga kiri dia dah melantun keluar. nampak tak dia punya kering tu macam mana. sebab tu bila kena maki hamun aku boleh senyum balik.


Luar je senyum tapi sampai satu masa aku akan terduduk sendiri, duduk sorang-sorang lepastu aku muhasabah diri dan sedar akan kelemahan diri. masa yang agak lama untuk sedar..

Dan ketika itu,
aku mula tanya balik mana silapnya
aku mula  fikir balik apa sebabnya
kenapa, mengapa, bagaimana, semua itu menjadi persolannya..



bukan sehari aku macam ni. bukan jugak dua hari. bukan seminggu. dan bukan sebulan. sebenarnya dah bertahun. aku simpan aku pendam dan aku dendam. tapi sekarang aku rasa cukup lah sampai sini. aku kena belajar terima dan lepas semua.


aku juga tahu semua orang buat silap. aku, dia, kau, mereka, semua pun pernah buat silap. cuma satu je cara untuk tenangkan balik diri kita yang sakit teruk tu. belajar terima. ada sebab kenapa Tuhan jadikan kisah hidup kita macam ni. kalau nak kata tentang sakit bukan kita seorang je yang sakit. orang lain pun ada sakit dia yang sendiri. kita dah besar. fikir cara orang besar.


sakitt tu mungkin kekal bersama dalam ingatan, 
tapi kekuatan dari sakit itu mampu membangkitkan..






credit to yanayonet

DIAM

DIAM,
Diam seribu bahasa, diam tanpa sepatah kata,
hanya berserah pada yang maha Esa..

Diam dari berbicara, diam penuh rasa kecewa,
hanya redha dengan ketentuan ilahi



aku dan aku ...

AKU DAH PENAT..

penat yang teramat sangat..
penat untuk memikirkan ketakadilan, kesakitan, kekecewaan, kemarahan, kelukaan..

AKU DAH TUA..

semakin hari semakin singkat,
perjalanan hidup mendewasakan kita, mengingatkan kita, dan mengajar kita banyak perkara..

AKU DAH BOSAN..

bosan bilamana aku masih mencari kebenaran,
bosan bilamana aku masih mencari hala tuju..

AKU DAH LUPA..

Lupa akan pencipta, semakin lupa akan maha esa..Ya Allah ampuhkan lah
Lupa akan keluarga tercinta, sentiasa ada dalam suka dan duka..

Monday, 26 August 2013

BERSERAH

Apapun Pengakhiran Kisah Cinta Kita
Sama Ada Bahagia Atau Kecewa
Semuanya Pasti Ada Hikmahnya
Kita Hanya Merancang Dan Berusaha
Tetapi Allah Menentukan Semua
Dan
Dia Memberikan
Hanya Terbaik Untuk Kita

Ucapkan Saja “Alhamdulillah..”


Wednesday, 21 August 2013

ADUHAI CINTA SI HINA

KAU mahukan layanan sempurna tiada cacat cela..
TAPI KAU layan orang macam sampah bagai tak punya HARGA..

KAU nk orang pandang kau hebat,
TAPI KAU hanya lah manusia yg meninggalkan kesan dan kata itu SALAH DIA..

KAU berjaya tutup semua, kononnya DIA SI HINA..
TAPI KAU merangkak mencari si HINA saat kau dalam LARA..
JELASNYA si HINA di mata KAU bilamana KAU perlukan tempat melepaskan SUSAH DAN KECEWA....

MANA KAWAN-KAWAN KAU yang KAU sanjung?
MANA CINTA HATI KAU yang KAU puja?
KAU lupa..MEREKA tiada bila detik2 perit menjelma..
KAU lupa..SI HINA yang SETIA mengesat air mata dan sabar merawat KAU punya LUKA.
TAPI KAU butakan mata bilamana KAU jumpa BAHAGIA..
KAU menyimpul kata dan berdrama depan semua kononnya ingin memulihkan retaknya CINTA...

TAPI KAU dalam masa yg sama berindu dendam bersumpah setia dengan orang KETIGA..
KAU bergelak ketawa sedangkan DIA sengsara menderita.
BERANI kah KAU JUJUR pada DUNIA mengakui PALITAN DOSA yang kau ABADIKAN pada DIA..?

dalam KAU menghitung JAWAPAN..
DIA yang kau anggap PATUNG menggagahkan DIRI melangkah onak duri bersama PALITAN DOSA yang kau ABADIKAN.