Monday, 28 January 2013

what goes around, comes around !!


Karma..

Karma hidup tak ada siapa boleh lari,

Sumpah dan janji memakan diri,

Hari ini kita membenci,

Tapi hakikatnya kita saling mencintai,

Sumpah dan janji perlulah kita tepati,

Jangan lah kita menyiksa diri dengan cinta yang tak pasti,

Berusahalah! Berdoalah pada ilahi ,

Hanya PADANYA kita meratapi segala yang terjadi…

Thursday, 24 January 2013

Tipah Tertipu


Penipu, ditipu, tertipu..



" Mungkin Hitam Dapat Samarkan,Putih Ditonjolkan. 
Dusta Tetap Dusta Walau Harus Bersilat Lidah ! "


Terhempas Perjalanan Kalbu,
Membalikkan 'Pintu Antara Tertutup Dan Terbuka "


" Meski Langit Tak Lagi Berwarna
'Hidup Ini Tetap Bergelora
 "

Sudah cukup sudah


Cukuplah !

kAU BOLE KATA APA SAJA,
kAU BOLE PUTAR SEGALA CERITA,
tAPI kau TIDAK MAMPU MENIPU RASA CINTA….

bUKAN INI KEsuDahanYA,
bUKAN INI YANG KU PINTA,
tAPI kita TIDAK MAMPU MELAWAN TAKDIR DARI nya…

2,3 BULAN KAU DATANG MENAGIH CINTA, KAU LUAHKAN SEGALA KATA,
2,3 HARI KAU BUAT AKU GEMBIRA, DAN AKU PUN TERPEDAYA,
tETAPI mALANG NYA KAU TIDAK MAMPU MEMBAWA CINTA UNTUK SELAMANYA…

hATI INI SUDAH CUKUP BERDUKA,
sERING KALI MENAGISI CINTA YANG TIADA PENGHUJUNGNYA,
tETAPI LUAHAN RASA INI HANYA BAHAN KAU BERSUKA RIA..

mAKI HAMUN DARI NYA AKU TERIMA,
aKU dIAM, TANPA SEPATAH KATA,
tETAPI DIAM AKU TIDAK BERMAKNA AKU LEMAH TIDAK BERDAYA..
kERNA……..
aKU PERCAYA SEGALA TAKDIR DARI YANG MAHA esa,
aKU REDHA JIKA INI KESUDAHANNYA,
cUKUPLAH, BERHENTILAH MENZALIMI aku yang lagi hina..!

                                                             Pergi ko dari hidup aku!!

Tuesday, 22 January 2013

tentang aku dan kamu


Takdir kita…

Kau  disana setia menanti,
Kau  disana setia menemani,
Kau  disana setia memahami,
Kau  disana setia melindungi,

Ku disini sabar dilukai,
Ku disini sabar dikhianati,
Ku disini sabar dicaci,
Ku disini sabar dihancuri,

Aku Wanita Biasa

>>> WANITA ITU....

WANITA ITU SEDERHANA..
Ia hanya ingin dihargai oleh lelaki yang dicintainya.
Ia hanya ingin dijaga kehormatannya oleh kekasih halalnya.
Ia hanya perlu ketulusan dan kasih sayang yang sesungguhnya.

WANITA ITU KUAT..
Ia mampu tetap tersenyum kala teriris hatinya.
Ia mampu tetap berharap walau terkadang hanya kebohongan yang didapatkan.
Ia mampu tetap bertahan kala tak sanggup lagi hatinya menanggung beban.

WANITA ITU PENYEMANGAT..
Ia dapat menjadi pendukung sejatimu seumur hidup.

Ia mampu membuat semangatmu kembali menyala ketika engkau mencoba menyerah.
Ia akan tetap mendukungmu untuk terus berjuang dengan belaian kasih sayangnya.

WANITA ITU MUDAH MEMAAFKAN..
Ia akan memaafkan ketika engkau mencoba membohonginya.
Ia akan memaafkan ketika engkau mencoba menduakan cintanya.
Ia akan memaafkan ketika engkau mencoba memarahinya.
Ia akan selalu memaafkan bahkan ketika khilafmu sudah teramat besar kepadanya.

BUKAN KERANA IA BODOH..
Melainkan kerana besar harapannya agar engkau kembali pada jalan yang benar.

BUKAN KERANA IA LEMAH..
Melainkan kerana kekuatan kasih sayang yang ingin ia tunjukkan agar engkau tetap bahagia.

Wanita diciptakan dari tulang rusukmu wahai kaum Adam.
Maka jagalah kehormatan mereka.
Naikkanlah darjat mereka.
Mereka diciptakan untuk hidup berdampingan denganmu wahai kaum Adam.
Mereka tidak ingin berada diatasmu. Tapi ingin selalu di sampingmu.

Maka hargailah wanita..
Muliakanlah mereka semulia akhlakmu yang engkau contohkan.
Cintailah mereka seperti mereka yang selalu setia mencintaimu.
Bersikap lembutlah kepada mereka kerana mereka adalah bagian dari ragamu.

Dan bimbinglah mereka agar mendapatkan tempat terhormat di sisi Allah iaitu menggapai Ridha_Nya. 

Sunday, 20 January 2013

Realiti cinta



cinta Munafik !

Kadang kala cinta datang dan pergi,
Kadang kala cinta setia menanti,
Kerana cinta kita bahagia,
Kerana cinta kita menderita,

cinta membuat kita terleka dengan kehadiran nya,
Setiap insan pasti pernah terluka,
 dilukai dan melukai sering menjadi perbalahan antara dua hati…
Waktu suka, kita dibuai dengan cerita manis-manis belaka,
Waktu suka, kita terleka dengan kehidupan didunia,
Waktu suka, kau lah segalanya
Waktu suka, kau lah yang aku cinta
Waktu suka, kau lah insan teristimewa,
Dan  blaaa… blaaa………….
Tapi
Waktu duka, kita dibuai dengan air mata,
Waktu duka, kita tersedar realiti dunia ,
Waktu duka, kau la manusia tak guna,
Waktu duka, kau lah manusia hina,
Waktu duka, kau  lah Itu, kau lah ini



Waktu suka, bukan main lagi puji melambung,aku la segalanya, akula intan payung, waktu duka, aku lah perempuan jalang, perempuan murah, manusia tak guna, bole pergi mampus and sooo on.. Huh! Bila dah tak suka mula lah nak maki hamun sana sini hurmmmmm…..
Kenapa?
Janji manis lenyap seklip mata,
Pujuk rayu hilang dari kata- kata,
Jika ini pengakhiran cerita cinta kita,jangan lah kau menambah derita dijiwa..
Kita adalah manusia biasa banyak kekurangan,
Bukalah mata, lapangkan dada, lihat lah, cuba lah fahami apa yang ku rasa…
Janganlah kita membenci sesama sendiri sehingga kita mencaci orang yang penah kita cintai…
Jika kau ingin membiarkan aku pergi, biarlah aku pergi dengan sendiri…
Cukup sudah kau mengeji, dan mencaci diri ini!
Berhenti lah!
Aku tak ingin disakiti lagi…

Tuesday, 1 January 2013


Cerita Hidup

Kenapa? mengapa,? sering menjadi tanda Tanya dalam hidup ini….
Aku di maki, aku dikeji, aku di hina tiada yang mengasihani..
Mama, papa adik-adik yang sentiasa disisi…
“Tolong-tolong” jeritan dihati kecil ku meminta tolong, malangnye Tiada siapa yang mendengar..
Sakit, perit untuk aku menjalani hidup ini..
Hidup menjadi gelap, kelam… aku menyepi sendiri,
Tiada lagi air mata ini untuk ditangisi..
Penat, lelah diri ini tiada siapa yang peduli,
“Sahabat oh sahabat…” disuara kecil ku memanggil2 mereka…
Tapi mana??? Kenapa mereka tiada disisi ku…??
Aku semakin hilang arah, aku semakin putus harapan…

Disuatu hari,
aku bangun dari mimpi ngeri ini, aku cuba untuk bertatih menjalani hidup ini..
Hanya keluarga menjadi pedoman untuk aku bangkit semula..
Hanya yang maha Esa yang menjadi pegangan..
Masa terus berlalu, kini aku berpijak dibumi yang nyata..
Usaha untuk Berjaya menjadi tujuan utama..
“ Ya! Aku bole “ kata-kata semangat sentiasa bermain diminda..

Kesakitan, kepayahan, menjadi kekuatan..
Pengalaman mengajar aku erti kehidupan..
Disaat aku terjatoh, aku bangun sendiri..
Disaat aku terluka, aku ubati sendiri..
Tiada kebahagian yang abadi,
Tiada kawan yang menemani.
Kita hanya mampu berdiri dikaki sendiri,
Kita hanya mampu senyum sendiri
Kita hanya mampu berdoa pada ilahi..

“Yang indah itu hanya sementara, yang cantik itu hanya paras rupa,
Hidup ini penuh pancaroba, janganlah kita alpa dengan takdir hidup kita”


KEKUATAN  2012

2012..
Tahun menenal erti ketakutan,
Tahun mengenal erti kesusahan,
Tahun mengenal erti kekecewaan,
Tahun mengenal erti kehancuran,

2012..
Aku adalah aku,
Aku terjatuh dalam kehancuran,
Aku terdiam tanpa alasan,
Aku ditindas tanpa belas kasihan,

2012..
Disini aku bangun dari mimpi ngeri ini,
Disini aku berdiri sendiri,
Disini aku mencari kekuatan diri,
Disini aku mengenal erti hidup ini,

“ Suka duka silih berganti..
Hati ini sering dilukai..
Duduk bangun aku sendiri..
Hinggalah hari ini aku berdiri sendiri..”

amyra aulia