Wednesday, 11 September 2013

API DAN AIR


sepanjang jalan yang kita harungi,
Amarah dan caci maki begitu menyiksakan diri,
dan selama aku berdiri disamping mu
selama itu air mata kepiluan mengalir
membasahi pipiku yang kelu dengan kesakitan..


seumur hidup ku lalui waktu bersama mu
tak terbatas sampai bila kau menyakitiku
tak terhitung berapa kali kita berpisah
hanya kerna ego yang tak mahu saling mengalah
pertengkaran tanpa jelas inti masalah
selalu menjadi kebuntuan dari setiap fikiran yang resah
apakah jalan memang mentakdirkan kita untuk terpisah
seolah cinta tak rela memberikan kita sebuah kisah yang indah

kau dan aku
bagai air dan api yang takkan mungkin bisa bersatu
kau dan aku

harusnya saling melengkapi
tapi malangnya lebih sering kita saling menyakiti...

Tuesday, 3 September 2013

belajar melepaskan



“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”


Hrmm bukan mudah untuk kita melepaskan sesuatu yang kita sayang, baik sama manusia, binatang malahan barang peribadi.. dan lebih parah lg bila kita terpaksa melepaskan orang yang kita sayang demi kebahagiaan dia..


Friday, 30 August 2013

SENASKAH AL-QURAN HIJAU

Aku hadiahkan kau senaskah Al-Quran hijau,
sebagai pengganti diriku suatu masa nanti,
Aku hadiahkan kau senaskah Al-Quran hijau,
sebagai pendamping disaat susah dan senang..

Disebalik Al-Quran hijau itu,
binalah keimanan mu,
binalah kecintaan mu,
ambillah ikhtibar disetiap cerita itu,
dan jadikan setiap baris ayat dalam Al-Quran,
moga ia jadi bekalan diakhirat..

Setelah itu,
jadikan lah aku Cinta yang HALAL untuk dirimu..

Tuesday, 27 August 2013

DENDAM ITU...

DeNDam dan belajar..

seJujurnya aku  pendendam.


YA ! itu tak baik. aku tahu itu, aku sedar tapi aku sengaja buat-buat tak sedar sebab aku jenis keras hati. bila marah tu datang aku memang dah tak peduli apa orang lain cakap. sentiasa rasa yang diri sendiri jugak betul. kau nak cakap apa kau cakap. aku boleh buat kering. masuk telinga kiri keluar telinga kanan. itu pun kalau masuk. sebab kadang tu tak sempat masuk telinga kiri dia dah melantun keluar. nampak tak dia punya kering tu macam mana. sebab tu bila kena maki hamun aku boleh senyum balik.


Luar je senyum tapi sampai satu masa aku akan terduduk sendiri, duduk sorang-sorang lepastu aku muhasabah diri dan sedar akan kelemahan diri. masa yang agak lama untuk sedar..

Dan ketika itu,
aku mula tanya balik mana silapnya
aku mula  fikir balik apa sebabnya
kenapa, mengapa, bagaimana, semua itu menjadi persolannya..



bukan sehari aku macam ni. bukan jugak dua hari. bukan seminggu. dan bukan sebulan. sebenarnya dah bertahun. aku simpan aku pendam dan aku dendam. tapi sekarang aku rasa cukup lah sampai sini. aku kena belajar terima dan lepas semua.


aku juga tahu semua orang buat silap. aku, dia, kau, mereka, semua pun pernah buat silap. cuma satu je cara untuk tenangkan balik diri kita yang sakit teruk tu. belajar terima. ada sebab kenapa Tuhan jadikan kisah hidup kita macam ni. kalau nak kata tentang sakit bukan kita seorang je yang sakit. orang lain pun ada sakit dia yang sendiri. kita dah besar. fikir cara orang besar.


sakitt tu mungkin kekal bersama dalam ingatan, 
tapi kekuatan dari sakit itu mampu membangkitkan..






credit to yanayonet

DIAM

DIAM,
Diam seribu bahasa, diam tanpa sepatah kata,
hanya berserah pada yang maha Esa..

Diam dari berbicara, diam penuh rasa kecewa,
hanya redha dengan ketentuan ilahi



aku dan aku ...

AKU DAH PENAT..

penat yang teramat sangat..
penat untuk memikirkan ketakadilan, kesakitan, kekecewaan, kemarahan, kelukaan..

AKU DAH TUA..

semakin hari semakin singkat,
perjalanan hidup mendewasakan kita, mengingatkan kita, dan mengajar kita banyak perkara..

AKU DAH BOSAN..

bosan bilamana aku masih mencari kebenaran,
bosan bilamana aku masih mencari hala tuju..

AKU DAH LUPA..

Lupa akan pencipta, semakin lupa akan maha esa..Ya Allah ampuhkan lah
Lupa akan keluarga tercinta, sentiasa ada dalam suka dan duka..

Monday, 26 August 2013

BERSERAH

Apapun Pengakhiran Kisah Cinta Kita
Sama Ada Bahagia Atau Kecewa
Semuanya Pasti Ada Hikmahnya
Kita Hanya Merancang Dan Berusaha
Tetapi Allah Menentukan Semua
Dan
Dia Memberikan
Hanya Terbaik Untuk Kita

Ucapkan Saja “Alhamdulillah..”


Wednesday, 21 August 2013

ADUHAI CINTA SI HINA

KAU mahukan layanan sempurna tiada cacat cela..
TAPI KAU layan orang macam sampah bagai tak punya HARGA..

KAU nk orang pandang kau hebat,
TAPI KAU hanya lah manusia yg meninggalkan kesan dan kata itu SALAH DIA..

KAU berjaya tutup semua, kononnya DIA SI HINA..
TAPI KAU merangkak mencari si HINA saat kau dalam LARA..
JELASNYA si HINA di mata KAU bilamana KAU perlukan tempat melepaskan SUSAH DAN KECEWA....

MANA KAWAN-KAWAN KAU yang KAU sanjung?
MANA CINTA HATI KAU yang KAU puja?
KAU lupa..MEREKA tiada bila detik2 perit menjelma..
KAU lupa..SI HINA yang SETIA mengesat air mata dan sabar merawat KAU punya LUKA.
TAPI KAU butakan mata bilamana KAU jumpa BAHAGIA..
KAU menyimpul kata dan berdrama depan semua kononnya ingin memulihkan retaknya CINTA...

TAPI KAU dalam masa yg sama berindu dendam bersumpah setia dengan orang KETIGA..
KAU bergelak ketawa sedangkan DIA sengsara menderita.
BERANI kah KAU JUJUR pada DUNIA mengakui PALITAN DOSA yang kau ABADIKAN pada DIA..?

dalam KAU menghitung JAWAPAN..
DIA yang kau anggap PATUNG menggagahkan DIRI melangkah onak duri bersama PALITAN DOSA yang kau ABADIKAN.

Monday, 1 April 2013

Karma


K.A.R.M.A

Masih Ingat Ketika Aku Menjadi Orang Ketiga Dalam Hubungan Mu???
Masih Ingat Ketika Aq Terluka Dan Menangis Saat Aq Menginginkan Kepastian Terhadap Perasaanku??
Apakah Ko Masih Ingat Ketika Aq Menyerah Dan Melepaskan Semua Rasa Demi Dia Yang Selalu Engkau Sanjung- Sanjungkan Itu??? Apakah Ko Juga  Masih Ingat  Ketika Aq Menahan Air Mataku Disaat Ko Melontar Kan Kata-Kata Kasar Itu?? Apa Kau Ingat Sumuanya???

YE, Aq Masih Ingat Setiap Saat, Stiap Kesakitan Yang Aq Pernah Lalui Diatas Perbuatan Kamu..  Aku Menangis Menahan Sebak Di Saat Aq Memutuskan Untuk Mengalah Dan Membiarkan Kamu Bersama Dia..
Ketika Aq Terluka Melihat Diam Mu Yang Tak Pernah MemberI Penjelasan Terhadapku.. Ketika Aq Teresa-Esak Menahan Sebak Disaat Setiap Kali Kita Bertemu Setelah Perpisahan Itu.. AKU TERLUKA, DAN AKU MENANGIS.. KEKECEWAAN YANG TERAMAT DALAM..




TAPI ITU DULU…!
Semuanya Hanya Cerita Masa Lalu Kita, Dan Lihat Sekarang Ketika Ko Dalam Dilemma, Ko Kembali Lagi Untuk Menagih Cinta Dulu.. DAN Ko Tau Pe Yg Aq Rasakan ?? HINA !
Aku Merasa Terhina… Ko Tau Kenapa Aq Merasa Terhina??
Ini Kerana,
DULU, Ko Enggan Memilihku Kerana Aq X Sehebat Dia.. Dan abang kakak kau menghentam aku habis - habisan..
Kau Juga Enggan Mempertahankan Aq Setelah Dimaki, Dihina,Dicaci Oleh Mereka..
Demi Allah, Sakit Sangat.. Teramat Sakit…
Aku Selalu Bersabar, Aq Menerima Semua Pertanyaan Ko, Tak Elak Walaupun Semua Menyakitkan Ku.. Ketika Dia Tidak Mempunyai Waktu Untukmu, Kau Datang Mencariku Dan Menjadikan Ku Seolah Yang Pertama Dihatimu.. Tapi Ketika Dia Sedang Bersamamu, Apa Kau Ingat Aq??? Apa Ko Ingat Semua Gelak Tawa Kita?? Apa Ko Ingat Dgn Semua SikaPmu Terhadapku?? Dengan Semua Cerita Lalu Kita??
Aku Rasa TIDAK, Ko Xpernah Ingat Semua Itu…

Tapi Kenapa Sekarang Semuanya Berubah?? Kenapa Semua Keadaan Itu Berbalik Padamu??
Aku Enggan Bertanya . Apa Saat Ini Aku Masih Menjadi Wanita Penghiburmu Ketika Kau Dicampakkannya Dan Mengakhiri Cintamu Dengan NYa??

Ketika Kau Terluka Kerananya, Ketika Ko Diabaikannye, Aku Selalu Setia Berada Didekatmu, Membisikkan Kata-Kata Semangat Tok Ko Terus Berjuang Dalam Hidup.. Bertapa Sakitnya Aq Ketika Itu, Aku Xpernah Tau Yang Aku Boleh Bertahan Sekuat Itu.. Dan Aku Juga Enggan Memikirkan Bagaimana Perasaanku Ketika Aq Menguatkan Mu,,

Hanya Saja, Allah Menyayangiku. Lihatlah Sekarang Kau Seolah – Olah Termakan Oleh Karma Yang Kau Lakukan Dulu, Kau Datang Mencarikku, Merintih Cinta Lalu Dan mengaku yang Kau Terlalu Mencintaiku.

Melihatmu, Aku Seperti Melihat Dendamku Terbalas. Melihatmu, Aku Seolah-Olah Sedang Dihadapkan Permainan Yang Sangat Menarik. Apapun, Ternyata Allah Itu Maha Berkuasa Dan Maha Adil.
Aku Tak Pernah Minx Membalaskan Semua Sakitku Terhadapmu. Dan Aq Juga Tak Mahu Semua Ini Terjadi. Memang Bukan Kau Yang Menginginkan Nya Tapi Mungkin Juga Benar Semua Balasan Itu Diatas Semua Airmataku Dulu..


Hari Ini Aq Melihat Dengan Jelas, Ketika Kau Menggenggam Tanganku Erat, Dengan Rasa Sayang Yang Tulus Buatku. Hrmmm.. Tp Semua Ini Sudah Terlambat, Aq Xperlukan Ketulusan Cintamu.. Aq Xmampu Mengulangi Cinta Kita Yang Sekian Lama Terkubur itu..
Aku Pernah Terluka. Aku Pernah Menangis Ketika Aku Ditinggalkan. Aku Pernah Kecewa Ketika Aq Diabaikan Dan Aq Pernah Menjerit Ketika Aq Disakiti. Kau Mungkin Tak Menyedari Semuaya, Tapi Luka Dihati Aku Masih Terasa. Dan Aq Xpernah Ingin Melupakan Semua Sakit Yang Pernah Aq Alami. Aku Mungkin Tak Pernah Dan Xbole Membencimu, Dan Mungkin Tak Pernah Ingin Melakukannya, malangnya.. Waktu Telah Menjawab Semuanya Kerana Sekarang Aku Melihat Dengan Jelas Betapa Kuatnya Getaran Dihatimu Untukku. Hanya Saja , Ketika Aq Melihatmu Aq Kembali Teringat Kesakitan Pada Waktu Dulu.

Tapi, Sudah Laa.. Aku Tak Ingin Memperpanjangkan Cerita Masalalu Kita. Aku Pon Ingin Bahagia Di Masa Depanku. Dan Mungkin Aq Telah Jumpa Seseorang Yang TuluS Sabar Mencintaiku..
YA, Hari Ini Mungkin Saja Aq Membalaskan Sakitku Dulu.. Tapi Aku Xsekejam Dirimu,



HARI INI DAN SEBELUMNYA DAN HARI AKAN DATANG, SIAPA YANG MENGINGINKAN AKU BERADA DISAMPINGMU??? SIAPA YANG MEMINTAKU UNTUK SELALU DEKAT DENGANMU??? BIAR AKU BONGKAR KAN, JAWAPAN NYA ADALAH KAU ORANG NYA!!!


Walau diriku tak lagi dihargai olehmu
Aku tetap mengalun doa kebahagiaan buatmu
Hanya satu pinta tulus suciku darimu
Kenanglah daku walau SEDETIK CUMA di dalam ingatanmu
Bahawa engkau pernah mendampingiku
Sebagai seorang kekasih SUATU ketika dahulu
.


Dan aq harap cerita kita yang tak habis-habis INI sudah sampai penghujungnya..dan bawalah haluan kamu kearah yang diredhai Allah.. AMPUN MAAF DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI.. semoga berbahgia DAN dipertemukan jodoh yang baik-baik.. ~AMIN~






Salam terakhir



Thursday, 14 March 2013

CINTA HUJUNG NYAWA


WAHAI PELENGKAP HIDUPKU…..


Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.
Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika diri ini tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.
Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.
Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.
Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.

Wednesday, 13 March 2013

AKHIR RASA


PERJALANAN CINTAKU yang berakhir pilu..

Huluran salam ikhlas darimu ku sambut mesra
Hatiku berbunga tatkala dilamar menjadi kekasihmu,
terdetik hati kecilku bergembira riang,
Apalah adaku yang bisa menarik dirimu

Saat kamu disisiku
Di setiap saat kamu mendampingiku
Di setiap ketika aku dalam pelukan mu
Untuk detik-detik terindah aku bersama kamu

Keakraban terjalin bersulam benang kasih
Benih-benih kemesraan kita taburkan bersama
Ceritera suka dukamu ku dengar sepenuh jiwaku
Ku cuba selami apa yang tersirat dihatimu

Sinar suria ku sangka selamanya terang
Semakin malap ditelan senja petang
Begitulah ukhwah kita yang kian pudar
Disamari sembilu tajam berprasangka liar.

Di setiap saat aku jatuh
Di tiap ketika aku lumpuh
Di setiap detik aku tidak mampu menempuh
Hidup yang berliku lebih dari yang aku mampu
Aku yakin ada kamu

Andai saja hati itu boleh di'scan' dengan mata kasar
Kau lah anggota yang sarat dengan duka
Berbanding anggota-anggota yang lain
Penuh dengan torehan, luka dan parut
Namun ku tetap yakin akan Hikmah darinya..

Kamu tahu, ada waktunya aku tidak jujur denganmu.
Ada saatnya keinginanmu aku abaikan.
Ada saatnya kemahuanmu aku turutkan.
Bilamana keinginanmu aku abaikan,
bukan bereti aku tidak sayang.
Tapi kerana aku sudah terlebih sayang!

Aku redha dengan segala ketentuan
Ikatan kita menyepi di balik gelapnya awan
Tiada secangkir perkhabaran dariku dan darimu jua
Ikatan tali perhubungan kita terlerai akhirnya.

Deraian mutiara jernihku menitis kepiluan
Meratapi hubungan kita yang tiada kesudahan
Begitu hinakah aku di matamu
Ku dibiarkan lemas dalam keliru.

Walau diriku tak lagi dihargai olehmu
Aku tetap mengalun doa kebahagiaan buatmu
Hanya satu pinta tulus suciku darimu
Kenanglah daku walau SEDETIK CUMA di dalam ingatanmu
Bahawa engkau pernah mendampingiku
Sebagai seorang kekasih seketika dahulu.

Monday, 25 February 2013

Kau Zalimi Aku!!


Kerna DIA, kau berani melontarkan suara..
Kerna DIA, kau lupa janji setia..
Kerna DIA, tangisan ini bahan kau bersuka ria..
Kerna DIA, kisah silam ini bahan kau menutup Dosa..

Kerna DIA, diri ini benar-benar Terluka..
Kerna DIA, diri ini benar-benar Kecewa..
Kerna DIA, diri ini benar-benar Lemah X berdaya...


Thursday, 21 February 2013

 HRMMM


" Oh bulan sampaikan Rinduku..
Oh cinta Kirimkan Cintaku.. "

Tuesday, 19 February 2013

TENTANG RASA

~Tak apa lah~



Bukan simpati yang aku mahukan,
Bukan publisiti yang aku inginkan,

aku menulis sekadar meluahkan rasa,
aku berbicara sekadar meluahkan kata,

aku terkilan, bila kau berkata Hina,
aku tersentap, bila kau memilih dia,

tak apa, Allah sentiasa ada..
tak apa, aku rela..
tak apa, janji kau bahagia..


Monday, 28 January 2013

what goes around, comes around !!


Karma..

Karma hidup tak ada siapa boleh lari,

Sumpah dan janji memakan diri,

Hari ini kita membenci,

Tapi hakikatnya kita saling mencintai,

Sumpah dan janji perlulah kita tepati,

Jangan lah kita menyiksa diri dengan cinta yang tak pasti,

Berusahalah! Berdoalah pada ilahi ,

Hanya PADANYA kita meratapi segala yang terjadi…

Thursday, 24 January 2013

Tipah Tertipu


Penipu, ditipu, tertipu..



" Mungkin Hitam Dapat Samarkan,Putih Ditonjolkan. 
Dusta Tetap Dusta Walau Harus Bersilat Lidah ! "


Terhempas Perjalanan Kalbu,
Membalikkan 'Pintu Antara Tertutup Dan Terbuka "


" Meski Langit Tak Lagi Berwarna
'Hidup Ini Tetap Bergelora
 "

Sudah cukup sudah


Cukuplah !

kAU BOLE KATA APA SAJA,
kAU BOLE PUTAR SEGALA CERITA,
tAPI kau TIDAK MAMPU MENIPU RASA CINTA….

bUKAN INI KEsuDahanYA,
bUKAN INI YANG KU PINTA,
tAPI kita TIDAK MAMPU MELAWAN TAKDIR DARI nya…

2,3 BULAN KAU DATANG MENAGIH CINTA, KAU LUAHKAN SEGALA KATA,
2,3 HARI KAU BUAT AKU GEMBIRA, DAN AKU PUN TERPEDAYA,
tETAPI mALANG NYA KAU TIDAK MAMPU MEMBAWA CINTA UNTUK SELAMANYA…

hATI INI SUDAH CUKUP BERDUKA,
sERING KALI MENAGISI CINTA YANG TIADA PENGHUJUNGNYA,
tETAPI LUAHAN RASA INI HANYA BAHAN KAU BERSUKA RIA..

mAKI HAMUN DARI NYA AKU TERIMA,
aKU dIAM, TANPA SEPATAH KATA,
tETAPI DIAM AKU TIDAK BERMAKNA AKU LEMAH TIDAK BERDAYA..
kERNA……..
aKU PERCAYA SEGALA TAKDIR DARI YANG MAHA esa,
aKU REDHA JIKA INI KESUDAHANNYA,
cUKUPLAH, BERHENTILAH MENZALIMI aku yang lagi hina..!

                                                             Pergi ko dari hidup aku!!

Tuesday, 22 January 2013

tentang aku dan kamu


Takdir kita…

Kau  disana setia menanti,
Kau  disana setia menemani,
Kau  disana setia memahami,
Kau  disana setia melindungi,

Ku disini sabar dilukai,
Ku disini sabar dikhianati,
Ku disini sabar dicaci,
Ku disini sabar dihancuri,

Aku Wanita Biasa

>>> WANITA ITU....

WANITA ITU SEDERHANA..
Ia hanya ingin dihargai oleh lelaki yang dicintainya.
Ia hanya ingin dijaga kehormatannya oleh kekasih halalnya.
Ia hanya perlu ketulusan dan kasih sayang yang sesungguhnya.

WANITA ITU KUAT..
Ia mampu tetap tersenyum kala teriris hatinya.
Ia mampu tetap berharap walau terkadang hanya kebohongan yang didapatkan.
Ia mampu tetap bertahan kala tak sanggup lagi hatinya menanggung beban.

WANITA ITU PENYEMANGAT..
Ia dapat menjadi pendukung sejatimu seumur hidup.

Ia mampu membuat semangatmu kembali menyala ketika engkau mencoba menyerah.
Ia akan tetap mendukungmu untuk terus berjuang dengan belaian kasih sayangnya.

WANITA ITU MUDAH MEMAAFKAN..
Ia akan memaafkan ketika engkau mencoba membohonginya.
Ia akan memaafkan ketika engkau mencoba menduakan cintanya.
Ia akan memaafkan ketika engkau mencoba memarahinya.
Ia akan selalu memaafkan bahkan ketika khilafmu sudah teramat besar kepadanya.

BUKAN KERANA IA BODOH..
Melainkan kerana besar harapannya agar engkau kembali pada jalan yang benar.

BUKAN KERANA IA LEMAH..
Melainkan kerana kekuatan kasih sayang yang ingin ia tunjukkan agar engkau tetap bahagia.

Wanita diciptakan dari tulang rusukmu wahai kaum Adam.
Maka jagalah kehormatan mereka.
Naikkanlah darjat mereka.
Mereka diciptakan untuk hidup berdampingan denganmu wahai kaum Adam.
Mereka tidak ingin berada diatasmu. Tapi ingin selalu di sampingmu.

Maka hargailah wanita..
Muliakanlah mereka semulia akhlakmu yang engkau contohkan.
Cintailah mereka seperti mereka yang selalu setia mencintaimu.
Bersikap lembutlah kepada mereka kerana mereka adalah bagian dari ragamu.

Dan bimbinglah mereka agar mendapatkan tempat terhormat di sisi Allah iaitu menggapai Ridha_Nya. 

Sunday, 20 January 2013

Realiti cinta



cinta Munafik !

Kadang kala cinta datang dan pergi,
Kadang kala cinta setia menanti,
Kerana cinta kita bahagia,
Kerana cinta kita menderita,

cinta membuat kita terleka dengan kehadiran nya,
Setiap insan pasti pernah terluka,
 dilukai dan melukai sering menjadi perbalahan antara dua hati…
Waktu suka, kita dibuai dengan cerita manis-manis belaka,
Waktu suka, kita terleka dengan kehidupan didunia,
Waktu suka, kau lah segalanya
Waktu suka, kau lah yang aku cinta
Waktu suka, kau lah insan teristimewa,
Dan  blaaa… blaaa………….
Tapi
Waktu duka, kita dibuai dengan air mata,
Waktu duka, kita tersedar realiti dunia ,
Waktu duka, kau la manusia tak guna,
Waktu duka, kau lah manusia hina,
Waktu duka, kau  lah Itu, kau lah ini



Waktu suka, bukan main lagi puji melambung,aku la segalanya, akula intan payung, waktu duka, aku lah perempuan jalang, perempuan murah, manusia tak guna, bole pergi mampus and sooo on.. Huh! Bila dah tak suka mula lah nak maki hamun sana sini hurmmmmm…..
Kenapa?
Janji manis lenyap seklip mata,
Pujuk rayu hilang dari kata- kata,
Jika ini pengakhiran cerita cinta kita,jangan lah kau menambah derita dijiwa..
Kita adalah manusia biasa banyak kekurangan,
Bukalah mata, lapangkan dada, lihat lah, cuba lah fahami apa yang ku rasa…
Janganlah kita membenci sesama sendiri sehingga kita mencaci orang yang penah kita cintai…
Jika kau ingin membiarkan aku pergi, biarlah aku pergi dengan sendiri…
Cukup sudah kau mengeji, dan mencaci diri ini!
Berhenti lah!
Aku tak ingin disakiti lagi…

Tuesday, 1 January 2013


Cerita Hidup

Kenapa? mengapa,? sering menjadi tanda Tanya dalam hidup ini….
Aku di maki, aku dikeji, aku di hina tiada yang mengasihani..
Mama, papa adik-adik yang sentiasa disisi…
“Tolong-tolong” jeritan dihati kecil ku meminta tolong, malangnye Tiada siapa yang mendengar..
Sakit, perit untuk aku menjalani hidup ini..
Hidup menjadi gelap, kelam… aku menyepi sendiri,
Tiada lagi air mata ini untuk ditangisi..
Penat, lelah diri ini tiada siapa yang peduli,
“Sahabat oh sahabat…” disuara kecil ku memanggil2 mereka…
Tapi mana??? Kenapa mereka tiada disisi ku…??
Aku semakin hilang arah, aku semakin putus harapan…

Disuatu hari,
aku bangun dari mimpi ngeri ini, aku cuba untuk bertatih menjalani hidup ini..
Hanya keluarga menjadi pedoman untuk aku bangkit semula..
Hanya yang maha Esa yang menjadi pegangan..
Masa terus berlalu, kini aku berpijak dibumi yang nyata..
Usaha untuk Berjaya menjadi tujuan utama..
“ Ya! Aku bole “ kata-kata semangat sentiasa bermain diminda..

Kesakitan, kepayahan, menjadi kekuatan..
Pengalaman mengajar aku erti kehidupan..
Disaat aku terjatoh, aku bangun sendiri..
Disaat aku terluka, aku ubati sendiri..
Tiada kebahagian yang abadi,
Tiada kawan yang menemani.
Kita hanya mampu berdiri dikaki sendiri,
Kita hanya mampu senyum sendiri
Kita hanya mampu berdoa pada ilahi..

“Yang indah itu hanya sementara, yang cantik itu hanya paras rupa,
Hidup ini penuh pancaroba, janganlah kita alpa dengan takdir hidup kita”


KEKUATAN  2012

2012..
Tahun menenal erti ketakutan,
Tahun mengenal erti kesusahan,
Tahun mengenal erti kekecewaan,
Tahun mengenal erti kehancuran,

2012..
Aku adalah aku,
Aku terjatuh dalam kehancuran,
Aku terdiam tanpa alasan,
Aku ditindas tanpa belas kasihan,

2012..
Disini aku bangun dari mimpi ngeri ini,
Disini aku berdiri sendiri,
Disini aku mencari kekuatan diri,
Disini aku mengenal erti hidup ini,

“ Suka duka silih berganti..
Hati ini sering dilukai..
Duduk bangun aku sendiri..
Hinggalah hari ini aku berdiri sendiri..”

amyra aulia