Monday, 31 December 2012

Hidup ini, hati ini,,,


Hati  yang  kau  sakiti

Wahai hati…
Dia tidak lagi ku miliki..
Dia tidak lagi ku temui..
Dia tidak lagi menjadi idaman hati..
Dan Dia hilang meninggal janji…

Wahai hati..
kau menagis lagi,
luka berdarah kembali,
masa telah berlalu pergi..
dunia yang terang menjadi gelap kembali..

wahai hati..
adakah dia masih ku cintai?
adakan dia masih ku rindui?
adakah dia masih ku nanti?
adakah dia masih ku miliki?

wahai hati..
Janji Cinta Abadi Menjadi Kekuatan Hati,
Janji Sehidup Semati Menjadi Pegangan Diri,
Janji Yang Penuh Misteri Menjadi Benci,
Janji Yang X Pasti Memakan Diri…


wahai hati..
kembalilah didunia realiti,
kembalilah dari bermimpi,
kembalilah beranikan diri,
kembalilah berdiri diatas kaki sendiri..

Masa Silih Berganti,Tahun Demi Tahun Berlalu Pergi…
Hariku Sepi Bila Tiada Disisi,
hatiku  masih beharap dan menanti,
Jiwa meronta bila khianati,
Walaupun apa yang jadi, hidup perlu dijalani..
Biarlah takdir menetukan hidup ini…
                        
amyra  aulia