Monday, 6 April 2015

Salam Takziah buat kamu..

kita berdua sama, kehilangan insan yg paling bermakna..

mgkin ini takdir, atau Allah ingin menguji kita..

aku hanya mampu mendoakan dari jauh..

bukan kerana Ego..

tapi kerana keadaan yang memaksa untuk aku diam..

aku harap kau kuat, seperti mana aku juga cuba kuat..

kuat untuk menghadapi segala dugaan..

kuat untuk melawan segala kesedihan..

dan kuat untuk menahan rindu yang mendalam..

Tabah lah.. Insyaallah setiap dugaan ada kebahagianya...


Thursday, 1 January 2015

Memaafkan itu bukan Mudah !

Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama.
Sakit yang paling sakit adalah sakit yang di ciptakan orang yang paling kita cintai..

Itulah kenyataan, lumrah alam.
Tapi, mematahkan seluruh tangan kerana hirisan kecil di jari adalah suatu tindakan yg mensia-siakan seumur hidup kita kerana menangisi dan mengenang luka yang silam adalah tidak berbaloi!

Luka di jari akan sembuh dengan sendirinya, cuma terserah kepada kita bagaimana untuk mengizinkannya sembuh. Kalu nak cepat baik, letak la ubat, dan sebaliknya..begitulah juga kehidupan ini..

Janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan mengadakan ishlah di antara manusia. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”  [Al-Baqarah: 224]

Dan sesungguhnya setiap apa yang Tuhan ciptakan biarpun sebesar zarah, pasti ada sebabnya, ada hikmah yang tersembunyi. dan Dia Maha Mengetahui. Dalam setiap kejadian tiada yang sia-sia. Yakinlah dengan kekuasaan Allah, yakinlah bahawa Dia Maha Adil. Jangan sesekali berasa penat berbuat kebaikan jika kita mengharapkan balasan daripadaNya semata-mata.

Tuesday, 30 December 2014

Dipersimpangan

30/12/2014

Hanya sekali toleh melihat dia ditepi kiri,
tanpa disangka air mataku mengalir membasahi pipi..

"Ya Allah, jujur aku rindu kau !

Monday, 20 October 2014

Kebenaran

Hidup ni umpama roda…
Suatu ketika bilamana aku jauh, pergi mengejar cita-cita,
Dalam diam kau beramah mesra dengan SI DIA,
Dibelakang aku kau merayu cinta dengan SI DIA,
Mungkin kau anggap aku jahil dengan segala tipu daya kau dan DIA,
Malangnya, Aku tak sebodoh yang kau sangka,
Ya, memang air mata itu ada bila aku tahu kebenaranya,
Tapi aku juga tahu hidup ini ada karmanya !

Saat ini aku lihat semuanya,
Setelah sekian lama kau bermadah cinta dengan SI DIA,
Kenapa akhirnya aku juga yang kau cari setelah sekian lama,
Kenapa akhirnya aku juga yang kau pilih untuk Bersama,
Murah sungguh Nilai CINTA kau dengannya.

Drama apa lagi yang ingin kau CIPTA,
Tak cukup lagi sengsara yang aku terima,
Kau mulakan segala cerita,
Dan kerana cerita yang kau mula itulah,
Dua wanita kini terluka,
Dua wanita kini bermasam muka,
Dua wanita kini berdendam derita.

Apa kau lupa wanita ini punya hati,
Hati yang selalu kau sakiti,
Dengan segala caci maki,
Dengan segala dendam dan benci.

Tapi tak mengapa aku tahu aku ini juga manusia biasa,
Hanya mampu Redha takdir darinya,
Malangnya Tak sekali pun aku lupa,
Segala sakit yang aku terima.

Mungkin selama ini aku pilih untuk DIAM dari berkata,
Kerana aku Tahu TUHAN itu ada,
Dan aku juga tahu suatu saat,
Bila Allah berkata KUN FA YA KU,
Kita takkan mampu megubah apa-apa.

Dan kerana sakit yang kau cipta itu aku temui sinar Bahagia,
Oleh seseorang yang lebih menghargai CINTA dan SETIA.
Terima kasih untuk segalanya.
KAU,AKU DAN DIA dah sampai kepenghujungnya
Aku harap ini pengakhirannya.
MAAF untuk terakhir kalinya.






Tuesday, 7 October 2014

Quote to myself

* Manusia yang tidak mampu menyelesaikan masalah sendiri adalah manusia yang 
cetek ilmunya.




* Yang Hilang Jangan Dirunguti, Yang Ada Disyukuri



* Manusia yang lemah adalah manusia yang tidak mampu menerima kelemahan diri sendiri.


* Jangan mencari salah orang lain, nanti kita tak nampak salah kita. Cari dmana salah sendikri selepas ada manusia yang lakukan aniaya pada kita.


* Fitnah continues upon the heart, except if the Deen of the slave is completely for Allah. 
[Ibn Taymeeyah]


* Jangan lah terlalu mencari cinta seorang manusia kerana nanti bila kecewa kita akan sengsara.


Saturday, 4 October 2014

SUDAH TIADA TUNASNYA - UKS





Setalah bertahun kau menyepi…
Membawa kemarahan di hati...
Aku bagai hilang arah kemudi…
Bertapa waktu itu…
Tercabarnya maruah ku…
Peritnya pengalaman…itu…

Setelah luka aku terubat…
Kau jelma kini untuk merawat…
Merayu aku… seperti dahulu…
Biarlah aku maklumkan…
Kedudukan sebenar…
Sesungguhnya cinta kita…
Sudah tiada tunasnya…

*Semuanya tetap…
Abadi seperti mulai dulu…
Itu bukan beerti…
Untuk engkau bertahta kembali...
Cukuplah aku menangis…
Dari perbuatan mu yang menghiris…

**Biarlah aku maklumkan…
Kedudukan sebenar…
Untuk ku terima mu…
Seperti dulu…
Ku sudah tawar…

Wednesday, 1 October 2014